Pengurusan sekolah dan PIBG

Memberitahu penjaga cuti kelas bergilir

SHARE
, / 2155

Cuti kelas bergilir selalunya diberikan oleh pihak sekolah mengikut kelas disebabkan perkara-perkara tertentu seperti peperiksaan PMR, SPM dan sebagainya.

Hari tersebut adalah hari persekolahan tetapi kelas tertentu sahaja diberikan cuti.

Bagaimana hendak menetapkan cuti kelas bergilir.

Untuk modul ini peranan sebagai admin sekolah diperlukan.

  1. Log masuk ke dalam sistem PEPATIH MySekolah
  2. Klik menu ‘Tetapan’ dan submenu ‘Cuti Kelas’ 
  3. Sistem PEPATIH MySekolah akan memaparkan senarai cuti kelas di bahagian utama aplikasi 
  4. Untuk melihat atau mengemaskini Cuti kelas di bulan lain, tukar bulan.
  5. Klik pada baris tarikh yang ingin dikemaskini, Sistem PEPATIH MySekolah akan mengeluarkan popup borang maklumat cuti kelas bergilir dan pilihan kelas. 
  6. Masukkan perkara,seperti ‘Cuti bergilir peperiksaan SPM’ dan tandakan kelas yang cuti pada hari tersebut.
  7. Setelah selesai, tekan butang ‘OK’ untuk simpan rekod.
  8. Sistem PEPATIH MySekolah akan memaparkan senarai kelas dalam senarai cuti kelas seperti gambarajah di bawah.