Waktu bekerja guru berbeza untuk hari jumaat sebagai contoh, jika guru mengajar sesi pagi, hari-hari biasa waktu bekerja adalah dari jam 7:20 hingga 1:45 tetapi hari jumaat dari jam 7:20 hingga 12:30.
Begitu juga dengan guru yang mengajar sesi petang. Hari-hari biasa guru mengajar dari jam 1:10 tengahari hingga 6:30 tetapi pada hari jumaat pula dari jam 2:30 tengahari hingga 6:30 petang.
Bagaimana hendak menetapkan waktu kehadiran guru supaya guru tidak lewat hadir pada hari jumaat dan tidak pulang awal.
- Admin perlu menetapkan dahulu tetapan masa untuk hari jumaat.
- Log masuk dalam aplikasi PEPATIH MySekolah chrome dan klik pada menu ‘Tetapan‘ dan klik pada submenu ‘Tetapan‘.
- Pada bahagian tetapan guru/kakitangan, klik pada butang ‘Daftar tetapan baru’.
- Masukkan maklumat masa kehadiran guru untuk jumaat. Sebagai contoh masukkan ‘Guru pagi jumaat’ atau ‘Guru petang jumaat’ pada tajuk.
- Masukkan masa masuk dan masa keluar untuk hari jumaat. Sebagai contoh Masa masuk 7:20 dan masa Keluar 12:30
- Setelah selesai tekan butang ‘Kemaskini’ untuk simpan tetapan.
- Buka menu ‘Kakitangan‘ dan klik submenu ‘Kakitangan & Masa‘.
- Senarai guru dan jenis masa dari tetapan guru akan dipaparkan dari isnin sehingga jumaat.
- Klik sunting/edit iaitu butang bergambar pensel seperti dalam bulatan di gambarajah di atas.
- Pilih tajuk tetapan masa yang telah dimasukkan pada bahagian tetapan masa. Masa guru boleh ditetapkan berbeza-beza dalam Aplikasi PEPATIH MySekolah dari isnin hingga jumaat. Klik butang kemaskini setelah selesai